fOLLOw rapat kot..

Sunday, December 19, 2010

kita bukan GAGAL tapi belum BERJAYA

Colonel Sanders

salam sumer....
x update rasa cam nak update plk...aduyai...subuh2 ni mcm fresh jer kepala otak nih...
kira tazkirah pagi la ni ek...ahahahaha....ehem3....
korang tau x kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. korang ingat 2..
Apa gunanya hidup tanpa ujian? betol x? kenape aku cakap g2?
Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. x perlulah kita bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan kita sorang jer yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam ni walaupun orang yang terkenal.ade jugak aku terbaca satu artikel tentang seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders.korang tau x sape??
aku pon xkenal gak sbenanye..hehe...
Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.
Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. 
kalau ade yg baca,renung2kanlah..
pada sape2 yg just tengok gamba je,lantak p kat hang lah...
segalanya ditangan anda......haha..
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

-salam-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...