fOLLOw rapat kot..

Monday, December 20, 2010

Biar FAM Tentukan

Tan Sri Annuar Musa

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kes keengganan tiga pemain musim lalu kembali bermain bersama Kelantan untuk musim depan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Jawatan Kuasa Status yang akan menentukan perkara tersebut.
Bekas Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose kini telah memilih untuk mewakili pasukan berstatus kelab, T-Team dari Terengganu bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
“Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai perkara tersebut takut boleh mencetuskan polimik yang tidak baik. Kita serahkan kepada Jawatan Status FAM untuk putuskan mengenai perkara itu. Segala-galanya tunggu keputusan daripada FAM ,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu semalam.
“Namun apa yang boleh saya nyatakan, kita sudah melakukan tindakan yang sewajarkan iaitu menghantar surat makluman kepada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab memaklumkan mengenai pemain mana yang boleh dirunding dan tidak boleh dirunding. Semuanya sudah jelas termasuk juga kelab T-Team yang mana saya turut memaklumkan secara lisan mengenai perkara tersebut kepada mereka.
“Dari konteks pemain sendiri, mereka semua pun sudah tahu bahawa kontrak mereka telah disambung selama dua tahun bersama Kelantan setelah mereka tidak membalas surat tawaran yang dikemukakan kepada mereka tiga bulan lalu.
“Jadi dari segi soal peraturan biarlah Jawatan Kuasa Status yang tentukan. Kita tumpukan kepada pembentukan pasukan, tak perlu dipanjangkan takut menjadi polimik yang tidak berkesudahan nanti,” katanya.
Menyentuh mengenai pemberian bonus kepada barisan pemain diatas kejayaan muncul juara Piala Malaysia musim lalu, Annuar turut menegaskan setakat ini pihak Kafa belum memberi bonus walau satu sen pun kepada semua pemain.
“Kita tak bayar lagi. Macam mana kita hendak bagi bonus kerana kita sendiri pun belum mendapat wang daripada pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri. Jadi dakwaan mengatakan kita sudah mengagihkan bonus kepada para pemain tidak tepat.
“Dakwaan Akmal Rizal (Ahmad Rakhli) mengatakan kita sudah memberi bonus kepada para pemain juga tidak betul. Pemain itu akan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Displin Kafa kerana memberikan kenyataan yang tidak tepat kepada pihak media,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...