fOLLOw rapat kot..

Saturday, January 29, 2011

Ko Tunggulah wahai PENENG

Assalamualaikum wbt....

Harini seharian aku dok atas kete..huh....bukan duduk saje2 yerk..kete 2 begerak kesana kemari yer kawan2...start dari seawal jam 8pagi sampai kol 11.30 malam...sakit blakang aku..bukan drive,tapi aku tdo kat balakang...terima kasih pada SYED kerana menjadi driver untuk bos arini..ahahaha....xlupa jugak kepada rakan seperjuangan iaitu AIZAT a.k.a SHARK sebab sudi mengikuti progrem yang julong2 kalinya bukan smata-mata untuk berjoli...haha..


Sekalong penghargaan dan jutaan Terima kasih pada tuan kereta sbb sudi pinjamkan kete...gambar diatas tiada kaitan ngn cerita ni yerk...cuma nk bgtau kete 2 milik kepada si pemberi pinjam..gamba nih aku curik kat google..
Gila kalau nk tipu pon agak2 lah...ayat macam keling...belit2...kat situ pon korang leh nampak kan yang aku xpandai nak menipu...(aku baik).
Dah2...mengarut plk...sebenarnya arini aku menghabiskan sisa2 jam,minit,saat aku kat PULAU PINANG...
bukan nk g enjoy ataupon g shopping yerk..lgpon xde ape kat peneng 2..sumpah aku xlepak mane2 pon...ahaha...bukan ape,sbb masa xcukup..lau x,nak je aku lepak2 situh..best kot..ahaha..
Hurmm...Industrial Training punyer pasal,terpaksalah korbankan masa dan mata..bukan ape..arini aku xtdo lagi kot..nasib baik ade driver cekap..aku tdo je kat blakang..sakit pinggang2...Pusing punyer pusing,akhirnya jumpalah tiga company nih...


TT VISION Technologies Sdn. Bhd

Plot 106, Jalan Hilir,
Sungai Keluang 5,
Bayan Lepas FIZ 4,
11900 Penang, Malaysia

Philips Lumiled Malaysia
Lebuh Kampung Jawa
Bayan Lepas FIZ,
Phase 3 11900 Penang
Malaysia.

Agilent Technologies 
Phase 3 , FIZ Bayan Lepas,
11900 Bayan Lepas
Peneng Malaysia.

Huhu...dah settle bab2 prektikal nih...cuma tunggu jawapan jerk...Xleh satu kompeni,dapat tiga3 kompeni pon aku dah syukur dah...huhuu...Aku ngantok..nk sambong tdo..esok nak g kursus KPO3 kat KERACUP..
Peneng gak...aduyai...xpe2,aku suka...
Goodnite Readers....

   

Wednesday, January 26, 2011

"HEPI NEW YEAR MA PREN"

Assalamualaikum wbt...

Rasa cam dah lama xmenulis..malas der nk wat n3 nih...tambah2 plk skg ni musim test dan kuiz..lagi la xde mase nk tulis2 benda2 mengarut nih..tapi sbb dah xtau nak wat ape,aku tulis jelah...lgpon bukannye kene bayar kan...
Smalam baru je slesai jawab test 1 subjek Control Principles tapi lepas je jawab dah rasa macam lepas jawab final exam la pulak..padahal baru je test 1..budak2 ni study mengalahkan nk jawab final exam...maklum la mereka2 smua ni cekang lau korang nk tau..aku jelah yg xbrape nk cekang..bila la nk jadi hebat macam dak2 kelas aku nih...aduyai...xpe2...aku xkesah aku xpandai sbb aku masih ade kawan2 yg pandai...kan..kan...
"agi idop agi ngelabang"...pape jelah..sape soh amik engineering...nasib baik la ade kawan2 yg satu kpala kat sini..leh jugak aku tumpang bermanje...(uwekkkk)....


2,3,4,5,6 hari lagi kaum cina kat m'sia kita nih nk sambot raya plk...tadi masa kat dalam  kelas,aku dapat sbijik buah limau dari JEE KENG CHAI..terima kasih diatas pemberian itu..taun lepas pon dia bg jugak...tapi aku xmakan...aku simpan...stahun dok atas meja bilik aku..kecut buah limau 2..taun ni dapat lagi...mungkin kali ni lebih dari stahun kot aku simpan..haha..
Maaf JEE KENG,bukan xnak makan..tapi nk kasi bau limau lam bilik ni...wangi sikit..nak bli pepium ambipure,mahal sangat..so,buah limau pon jadilah.. ahaha..
Harini CHING MAO HUI budak rumah aku merangkap satu2nya budak LELAKI CINA MACHO lam kelas aku dah balik kampong tadi..Abis je present slideshow tajuk RUBY LASER tadi,terus dia balik sEtiAwaN..maklum la...exited nk raya...katanya baju raya xbli lagi..so,nk balik awal sbb nk g cari baju raya la 2..semoga slamat sampai ke destinasi dan selamat balik ke sini dengan selamat-selamatnya...ahaha..harap2 dapat buah limau yg "tian tian" dari beliau..X lupa jugak pada KOK SOO YEE,saya harap taun baru kali nih memberi seribu makna pada kalian semua...enjoy tu enjoy la jugak yerk...ampau ngan limau jangan dilupakan...
Pada kawan2 lain yg bakal menyambut tahun baru cina xlama lagi,aku nk ucapkan HEPI NEW YEAR...
May god bless u olls...Raya cina taun depan aku wish lagi...enjoy.....

Sunday, January 23, 2011

PENDIDIKAN SEKS MESTI BERTERASKAN AGAMA

PENDIDIKAN adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian orang Islam. Keimanan tinggi terhasil daripada pendidikan bersepadu yang tidak dapat disanggah oleh sebarang anasir luaran.
Jika kita mengamati tempoh dilalui Rasulullah SAW semasa di Makkah, ia tertegak atas dua prinsip pendidikan yang mantap iaitu pendidikan akidah kepada keesaan Allah dan pendidikan ke arah pembersihan jiwa melalui nilai akhlak dan teladan yang tinggi.
Pengaruh akidah dalam pendidikan penting kerana apabila jiwa bersih itu mencapai puncak keimanan, ia akan menjadi kukuh bagai gunung-ganang yang tinggi seperti pendirian Rasulullah SAW sewaktu Baginda dikelilingi anasir jahat yang cuba memusnahkan agama Islam.
Pesanan tegas Rasulullah ini amat mendalam maknanya dan manifestasi kejituan akidah Baginda. Sabda Baginda yang maksudnya: “Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, supaya aku meninggalkan agama ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan atau aku binasa tanpanya.”
Pendidikan pada zaman Rasulullah adalah bersepadu, disulam antara perkara duniawi dengan ukhrawi. Ia tidak memisahkan keduanya demi mencapai akidah yang sejahtera. Inilah pendekatan Rasulullah dalam mendidik sahabat Baginda yang kemudiannya membentuk generasi berteraskan al-Quran.
Syor Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan seks di sekolah mendapat reaksi pelbagai, ada yang menyokong dan tidak kurang membantah.
Terbaru, Persatuan Ulama Malaysia meminta diadakan penerangan mengenai sukatan pelajaran pendidikan di sekolah. Hal demikian mungkin terhasil kerana kekurangan maklumat mengenai syor kerajaan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.
Apatah lagi jika modul pendidikan seks yang diambil itu berdasarkan pendidikan seks di Barat kerana seks di sana sudah menjadi norma masyarakat sedangkan di Malaysia gaya hidup ketimuran masih dipertahankan.
Pendidikan seks yang dicadangkan seharusnya memberi penekanan aspek keagamaan dan ketimuran. Mungkin alternatif lebih baik ialah mentransformasi pendidikan agama di sekolah kepada objektif mengukuhkan akidah pelajar dan pada masa sama menerap nilai murni dan sahsiah diri.
Dengan kemantapan akidah, sudah pasti apapun ujian yang hadir akan dapat ditangkis. Kalimah tauhid yang menjadi pemangkin kepada akhlak mulia mempunyai pengaruh besar kepada keperibadian seseorang.
Berbalik kepada pendidikan seks di sekolah, saya berpandangan penting elemen kerohanian berteraskan agama Islam diberikan penekanan sepenuhnya. Metodologi pendidikan Islam harus ditransformasi bagi memberi peluang guru agama mengajar pendidikan seks mengikut acuan yang disediakan oleh agama.
Mewujudkan sesuatu mata pelajaran baru yang asing daripada subjek lain akan hanya menambah beban kepada guru dan murid.
Manakala memasukkan beberapa tajuk dalam mata pelajaran sedia ada dan memisahkan daripada agama, memberi isyarat kepada pelajar Islam bahawa melakukan seks adalah norma masyarakat Islam dan melakukannya tanpa pernikahan diterima oleh masyarakat.
Islam sudah menggariskan seks dengan terperinci. Pada saat seseorang itu mencapai umur baligh dan ditaklifkan dengan dosa serta pahala sudah diajar cara penyucian diri, kebersihan fizikal dan rohani.
Selain itu, pelajar juga perlu diingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menggalas dosa dan pahala. Pertimbangan inilah yang perlu disemai kepada yang baru mencapai umur baligh dan menyediakan mereka ke alam kematangan.
Apabila pelajar ini matang, dengan berbekalkan akidah yang mantap, sudah pasti mereka tidak mudah terjebak ke lembah hina untuk melakukan seks di luar nikah ataupun lebih dahsyat lagi, terjerumus ke alam pelacuran.
Dalam apa juga keadaan, agama sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Memperkenalkan suatu perkara baru yang begitu asing daripada adat dan susun atur masyarakat perlu dikaji. Agama aspek penting yang membentuk jati diri orang Islam.
Sekian....

Friday, January 21, 2011

PERLIS vs KELANTAN

Assalamualaikum wbt...

Haritu (selasa 18/1/2011) sempat jugak la aku tinjau2 stadium utama kangar ngn member aku nih..
"E,jom p stadium...klate lawan perlis malam ni" kata dia...ahahaha..
aku pon dgn slamber tanpa tiada sedikitpon perasaan malu mengikot sajja pelawaan itu...
Alah,tiket 5 hingget je pon..Napelaaa semenjak dua menjak tiga menjak ni aku jadi malas nk menulis panjang2 ek??hurmm...xpelah, bak kata osmet aku ISMAIL MAKALALAG
"gambar lebih pandai bercerita".. So,korang tengok jelah yerk...xyah nk komplen2..ahaha...
















Sebenarnya byk lagi gambar2 yg sempat di snap..tapi aku malas nk letak byk2..cukup la 2...bebuih mulut nk tunggu dia punye loading time ngah upload 2..malas aku..ahaha...terima kasih pada potograper kita nih sebab rela turun bawah stadium smata2 nk ambik angle yg menarik...bagus2...ni lah baru potograper bercita2 tinggi..

Ok,dah....dalam pelawanan ni kelantan telah menundukkan perlis dengan jaringan 2 berbalas 0...
Good job lah!! aku suka...aku suka...ahaha..
Alang2 dah ade kat stadium 2 ape salahnye bergambar ngn pemain2 peberet kan...  








Sekian untuk kali nih....tenet dah mula stat ngok-ngek dah...xleh nk layan sgt tenet sini...dia laju ikot musim...
saya sudahi dengan wabillahitaufik-walhidayah-assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Thursday, January 20, 2011

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?

Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.


Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.
Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.
Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.
Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?
Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.
Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.
Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.
Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.
Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.
Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.
Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa.

sumber: i luv islam.com

Monday, January 17, 2011

Keranda Untuk Ayah

Assalamualaikum wbt..

Di suatu ceruk kampung, tinggal seorang tua bersama keluarga anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan ia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.
Itu dulu.

Kini ia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, ia tidak lagi bekerja. Ia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil...

**********************************

"Ayah! Amin nak main benda ni, ayah tarik Amin ye!" Laung Amin, sambil jari menunjuk upih kelapa di depannya.
"Boleh...kejap ya. Ayah nak tebas semak ini dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Amin ya," jawab si ayah, penuh kasih sayang.
"Alaa..Amin nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah!" pujuk Amin yang berusia 11 tahun sambil menhentak-hentak kakinya.
Si ayah faham benar dengan perangai anak lelakinya itu, "nanti muncung lah tu, sehari tak mahu makan nanti," bisik si ayah di dalam hati.
"Ok, ok. Amin duduk, ayah tarik."
"Yeay! Ayah tarik laju-laju tau," gembira benar bila hajatnya dituruti. "Laju lagi! Laju lagi! Ayah tarik Amin turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju nanti," arah Amin, sambil jarinya menunjuk ke hujunh hutan.
"Ya Allah!" Jerit si ayah, ia merasakan kakinya terpijak sesuatu. Duri, barangkali. Atau kaca.
"Alaa..kenapa ayah berhenti ni? Amin belum puas lagi. Tariklah lagi."
Tanpa menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah ini terus menarik upih kelapa yang dinaiki anaknya, sehingga Amin lapar dan mengajak pulang untuk makan.

**********************************

Sesekali Amin melirih kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, "tahu berehat saja si tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja," ngomel si anak. Geram benar ia melihat ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa, selain makan.
Suatu hari, kerana tidak tahan lagi dengan si ayah, yang dianggap menyusahkan keluarganya, kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Amin membuat satu kerana kayu untuk ayahnya.
"Ayah! Masuk dalam ni," tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.
Amin menarik keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuag cerun tinggi, fikirnya cerun itu sesuai untuk di membuang keranda berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi menyusahkan ia dan keluarganya.
Sampai di cerun, sebelum sempat Amin menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam keranda.
"Hidup lagi rupanya," bisiknya di dalam hati, dan membuka keranda. "Hah, ayah nak apa lagi?"
"Ayah tahu Amin nak buang ayah dari cerun ini. Amin nak buang ayah, Amin buang lah. Tapi Amin janganlah buang keranda cantik yang Amin buatkan ini. Mungkin anak Amin perlukan keranda ini nanti"

Notakaki: sumber dari i luv islam

-SALAM-

Friday, January 14, 2011

MEREKA DIPADANG BOLA - 2

Assalamualaikum wbt..

Bertemu lagi kita dalam ruangan yang melalaikan ini..ahahaha...gurau jer...
Petang tadi (14/1/2011) sekali lagi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak sebelas sebelah antara MEKANIKAL TEAM melawan MIKROELEKTRONIK TEAM dimana pasukan Mikro-e sekali lagi mengutip 3 mata penuh dengan kemenangan bergaya 5 berbalas 2 dalam perlawanan tadi...
Skema giler ayat..wakaka...letih dowh jadi penonton tadi dok besorak...riuh sekampong kot...Tahniah skali lagi aku ucapkan pada kesebelasan utama pemain2 tadi...korang memang cekang noooooo...hahaha...

Curik kat google pemain barcalona time muda2


Weh,aku dengar citer minggu depan team depa ni nk lawan SE TEAM plk (SISTEM ELEKTRIK)...xtau la betoi ke x.. tapi betol kot...huhu...kepada silent reader aku semenjak dari kecik sampai lah dah besar pon dia skg ni (RUHAZIZI ABD LATIF & MOHD FAHMI SABRI) anda berdua dijemput menjadi PoM2 Boy dihari pelawanan itu nanti...kehadiran anda dialu-alukan oleh NC Universiti Malaysia Perlis....semoga anda berdua tidak mengecewakan harapan NC kesayangan kami itu...hehehehe....
Ok dah....tunggu aku update lain...selamat berblogWalking dari suami,isteri dan anak-anak kucing...

-SALAM-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...