fOLLOw rapat kot..

Tuesday, December 21, 2010

Positif Dan Negatif Malu

shy-shy cat
 salam sumer....

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.
Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.
-salam-

Monday, December 20, 2010

ROCK THE WORLD 10

RTW 10

Type : Rock Festival
Time : 10am onwards
Venue : Bukit Jalil Stadium (Carpark A) 
Admission : RM30*
 
Tickets are available at Ticketpro outlets (03-7880 7999), Rock Corner, Music Valley and at the venue for RM 30*.
 
Elevate Rock The World 10 will feature 19 bands comprising of the best acts that were featured throughout the whole 10 years of Rock The World. It’s surely the event of the year and not to be missed by the loyal followers of Rock The World. We invite you to join our celebration!The updated line ups are as followed:-
  1. Massacre Conspiracy
  2. Skudap Skudip
  3. Dichi Michi
  4. Couple
  5. One Buck Short
  6. Azlan & The Typewriter
  7. Sevencollar T-Shirt
  8. Bleeding Mascara
  9. Bunkface
  10. Republic of Brickfields
  11. Dragon Red
  12. They Will Kill Us All
  13. Love Me Butch
  14. Pop Shuvit
  15. Bittersweet
  16. Disagree
  17. Lo
  18. The Pilgrims
  19. Gerhana Skacinta

Lelaki terpaksi berguling elak ditanduk kerbau liar

BALING: Seorang lelaki terpaksa merebahkan badannya dan bertindak berguling di atas tanah bagi mengelak daripada terus diserang seekor kerbau liar yang tiba-tiba menyerangnya dalam kejadian di Kampung Paya Siput, mukim Siong, di sini petang semalam.

Ketika kejadian 4.20 petang itu, Ismail Husain, 53, sedang membersihkan kebun getahnya di kawasan Kebun Sera yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Akibat serangan itu, Ismail lebam di tangan dan badan akibat disondol kerbau yang dipercayai baru beranak itu tidak jauh dari kawasan belukar di situ.
Ismail berkata beliau langsung tidak sedar sekumpulan kerbau liar berada di kawasan itu dan tiba-tiba salah seekor daripadanya bertindak menyerangnya.

Katanya beliau sempat menghayun parang yang mengenai mulut kerbau itu dan beliau kemudian berguling-guling di atas tanah mengelak daripada ditanduk kerbau itu menyebabkan kerbau tersebut meninggalkannya.

"Saya hanya tersedar bahagian belakang saya ditanduk dan saya terguling di atas tanah serta menghayun parang ke arah kepala kerbau itu dan mengenai mulutnya," katanya.

Katanya kumpulan kerbau liar yang berkeliaran di kawasan itu dalam jumlah hampir 10 ekor itu dipercayai tiada bertuan dan pernah dua tahun lalu menyerang saorang pemburu babi hutan hingga mati akibat cedera parah ditanduk di bahagian paha dan badan.
Ismail berharap supaya Jabatan Haiwan Daerah Baling dan pihak lain yang bertanggungjawab bertindak menembak kerbau liar berkenaan daripada terus berkeliaran di kawasan bukit berdekatan Kampung Telok Temelah, Kampong Luas dan Kampung Paya Siput sebelum berlaku lagi kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Paya Siput, Shaffie Che Mey, 62, mahu kumpulan kerbau liar yang boleh mengancam nyawa terutama penoreh getah dan pekerja hutan di sekitar itu ditembak kerana sejak lebih 10 tahun ini tiada sesiapa yang mengakui kumpulan kerbau liar itu milik mereka.

"Kejadian pemburu babi hutan yang diserang dan maut akibat ditanduk dua tahun lalu dan kejadian semalam patut diambil perhatian oleh pihak berkenaan sebelum ada lagi kejadian yang boleh meragut nyawa berpunca dari serangan kerbau liar itu, " katanya.

Bau Ketiak Lelaki Penawar Stress

salam sumer.... 
Ada Sepecialnya Bau Ketiak Lelaki..Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America.. hahaha.. 
Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. di petik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya… So kengkawan kalau tengah strees tu ….bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
kuang3....
emm.. tapi kenapa ketiak lelaki je ye? hihi.. ketiak pompuan lak camne? boleh jadi penawar ke tak? atau boleh menjadikan semakin stress? huhu.. tak tau la.. kalau nak tau, kene cuba.. oopss! bg mereka yg dah cuba leh sharing kat sini.. hihi..
-salam-

Biar FAM Tentukan

Tan Sri Annuar Musa

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kes keengganan tiga pemain musim lalu kembali bermain bersama Kelantan untuk musim depan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Jawatan Kuasa Status yang akan menentukan perkara tersebut.
Bekas Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose kini telah memilih untuk mewakili pasukan berstatus kelab, T-Team dari Terengganu bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
“Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai perkara tersebut takut boleh mencetuskan polimik yang tidak baik. Kita serahkan kepada Jawatan Status FAM untuk putuskan mengenai perkara itu. Segala-galanya tunggu keputusan daripada FAM ,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu semalam.
“Namun apa yang boleh saya nyatakan, kita sudah melakukan tindakan yang sewajarkan iaitu menghantar surat makluman kepada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab memaklumkan mengenai pemain mana yang boleh dirunding dan tidak boleh dirunding. Semuanya sudah jelas termasuk juga kelab T-Team yang mana saya turut memaklumkan secara lisan mengenai perkara tersebut kepada mereka.
“Dari konteks pemain sendiri, mereka semua pun sudah tahu bahawa kontrak mereka telah disambung selama dua tahun bersama Kelantan setelah mereka tidak membalas surat tawaran yang dikemukakan kepada mereka tiga bulan lalu.
“Jadi dari segi soal peraturan biarlah Jawatan Kuasa Status yang tentukan. Kita tumpukan kepada pembentukan pasukan, tak perlu dipanjangkan takut menjadi polimik yang tidak berkesudahan nanti,” katanya.
Menyentuh mengenai pemberian bonus kepada barisan pemain diatas kejayaan muncul juara Piala Malaysia musim lalu, Annuar turut menegaskan setakat ini pihak Kafa belum memberi bonus walau satu sen pun kepada semua pemain.
“Kita tak bayar lagi. Macam mana kita hendak bagi bonus kerana kita sendiri pun belum mendapat wang daripada pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri. Jadi dakwaan mengatakan kita sudah mengagihkan bonus kepada para pemain tidak tepat.
“Dakwaan Akmal Rizal (Ahmad Rakhli) mengatakan kita sudah memberi bonus kepada para pemain juga tidak betul. Pemain itu akan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Displin Kafa kerana memberikan kenyataan yang tidak tepat kepada pihak media,” katanya.

Sunday, December 19, 2010

MENGAPA KITA LAMBAT BERTEMU JODOH?

salam sumer....
korang bacalah....
sekadar menciplak atau kopi pes...
dengan tujuan berkongsi...hihihihihihihihihi..
copy2 pon,aku dah baca weh,korang ingat main letak g2 jeke...
huh!!
 -salam-

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


gelagat bila dah sah kawen

kita bukan GAGAL tapi belum BERJAYA

Colonel Sanders

salam sumer....
x update rasa cam nak update plk...aduyai...subuh2 ni mcm fresh jer kepala otak nih...
kira tazkirah pagi la ni ek...ahahahaha....ehem3....
korang tau x kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. korang ingat 2..
Apa gunanya hidup tanpa ujian? betol x? kenape aku cakap g2?
Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. x perlulah kita bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan kita sorang jer yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam ni walaupun orang yang terkenal.ade jugak aku terbaca satu artikel tentang seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders.korang tau x sape??
aku pon xkenal gak sbenanye..hehe...
Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.
Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. 
kalau ade yg baca,renung2kanlah..
pada sape2 yg just tengok gamba je,lantak p kat hang lah...
segalanya ditangan anda......haha..
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

-salam-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...