fOLLOw rapat kot..

Thursday, December 23, 2010

Ciri-Ciri Sahabat yang Baik


salam sumer....
sejok nye bumi perlis pagi ni yer...hohoho...
entry kali ni pasal PERSAHABATAN..zaman skg ni mcm2 jenis org ade kat muka bumi nih...
jahat ader,baik ader,baikjahat ader,jahatbaik ader,MACAM-MACAM ADA..
terpulang pada kita memilih org yg bgaimana layak kawan ngn kita...
tapi aku ni jenis suka kawan ngn sumer org...xkisah la baik ke jahat kuasa dua ke,kawan jer...
janji jgn wat "najis" kat aku sudah..huhu...tapi susah kot skg ni nk cari kawan yg betol2 paham kita..kalau ade pon leh kira ngn jari..
2 pon lau ader..tapi kawan2 aku kat sini sumernye baik n leh dibuat kawan..xcaya tanye aku..
ni aku nk story sikit pasal memilih kawan...korang nilai la kawan yg berkawan ngn korang 2..ade x ciri2 nih...

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·         Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
·          Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·         Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·         Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·         Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·         Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·         Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
           
      Apsal plik je muka korang bila baca ciri2 2??
      Ade x dikalangan member2 korang yg bersifat seperti diatas?
      Mestilah ader kan...tanpa kawan2,siapalah kita...
      Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana    kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.                                                                                                                                                                                       
"jangan nak nilai orang jer,tengok diri kita 2 tahap mane"huahua...
      -salam-

"sep kito jange peccoh"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...