fOLLOw rapat kot..

Saturday, January 29, 2011

Ko Tunggulah wahai PENENG

Assalamualaikum wbt....

Harini seharian aku dok atas kete..huh....bukan duduk saje2 yerk..kete 2 begerak kesana kemari yer kawan2...start dari seawal jam 8pagi sampai kol 11.30 malam...sakit blakang aku..bukan drive,tapi aku tdo kat balakang...terima kasih pada SYED kerana menjadi driver untuk bos arini..ahahaha....xlupa jugak kepada rakan seperjuangan iaitu AIZAT a.k.a SHARK sebab sudi mengikuti progrem yang julong2 kalinya bukan smata-mata untuk berjoli...haha..


Sekalong penghargaan dan jutaan Terima kasih pada tuan kereta sbb sudi pinjamkan kete...gambar diatas tiada kaitan ngn cerita ni yerk...cuma nk bgtau kete 2 milik kepada si pemberi pinjam..gamba nih aku curik kat google..
Gila kalau nk tipu pon agak2 lah...ayat macam keling...belit2...kat situ pon korang leh nampak kan yang aku xpandai nak menipu...(aku baik).
Dah2...mengarut plk...sebenarnya arini aku menghabiskan sisa2 jam,minit,saat aku kat PULAU PINANG...
bukan nk g enjoy ataupon g shopping yerk..lgpon xde ape kat peneng 2..sumpah aku xlepak mane2 pon...ahaha...bukan ape,sbb masa xcukup..lau x,nak je aku lepak2 situh..best kot..ahaha..
Hurmm...Industrial Training punyer pasal,terpaksalah korbankan masa dan mata..bukan ape..arini aku xtdo lagi kot..nasib baik ade driver cekap..aku tdo je kat blakang..sakit pinggang2...Pusing punyer pusing,akhirnya jumpalah tiga company nih...


TT VISION Technologies Sdn. Bhd

Plot 106, Jalan Hilir,
Sungai Keluang 5,
Bayan Lepas FIZ 4,
11900 Penang, Malaysia

Philips Lumiled Malaysia
Lebuh Kampung Jawa
Bayan Lepas FIZ,
Phase 3 11900 Penang
Malaysia.

Agilent Technologies 
Phase 3 , FIZ Bayan Lepas,
11900 Bayan Lepas
Peneng Malaysia.

Huhu...dah settle bab2 prektikal nih...cuma tunggu jawapan jerk...Xleh satu kompeni,dapat tiga3 kompeni pon aku dah syukur dah...huhuu...Aku ngantok..nk sambong tdo..esok nak g kursus KPO3 kat KERACUP..
Peneng gak...aduyai...xpe2,aku suka...
Goodnite Readers....

   

Wednesday, January 26, 2011

"HEPI NEW YEAR MA PREN"

Assalamualaikum wbt...

Rasa cam dah lama xmenulis..malas der nk wat n3 nih...tambah2 plk skg ni musim test dan kuiz..lagi la xde mase nk tulis2 benda2 mengarut nih..tapi sbb dah xtau nak wat ape,aku tulis jelah...lgpon bukannye kene bayar kan...
Smalam baru je slesai jawab test 1 subjek Control Principles tapi lepas je jawab dah rasa macam lepas jawab final exam la pulak..padahal baru je test 1..budak2 ni study mengalahkan nk jawab final exam...maklum la mereka2 smua ni cekang lau korang nk tau..aku jelah yg xbrape nk cekang..bila la nk jadi hebat macam dak2 kelas aku nih...aduyai...xpe2...aku xkesah aku xpandai sbb aku masih ade kawan2 yg pandai...kan..kan...
"agi idop agi ngelabang"...pape jelah..sape soh amik engineering...nasib baik la ade kawan2 yg satu kpala kat sini..leh jugak aku tumpang bermanje...(uwekkkk)....


2,3,4,5,6 hari lagi kaum cina kat m'sia kita nih nk sambot raya plk...tadi masa kat dalam  kelas,aku dapat sbijik buah limau dari JEE KENG CHAI..terima kasih diatas pemberian itu..taun lepas pon dia bg jugak...tapi aku xmakan...aku simpan...stahun dok atas meja bilik aku..kecut buah limau 2..taun ni dapat lagi...mungkin kali ni lebih dari stahun kot aku simpan..haha..
Maaf JEE KENG,bukan xnak makan..tapi nk kasi bau limau lam bilik ni...wangi sikit..nak bli pepium ambipure,mahal sangat..so,buah limau pon jadilah.. ahaha..
Harini CHING MAO HUI budak rumah aku merangkap satu2nya budak LELAKI CINA MACHO lam kelas aku dah balik kampong tadi..Abis je present slideshow tajuk RUBY LASER tadi,terus dia balik sEtiAwaN..maklum la...exited nk raya...katanya baju raya xbli lagi..so,nk balik awal sbb nk g cari baju raya la 2..semoga slamat sampai ke destinasi dan selamat balik ke sini dengan selamat-selamatnya...ahaha..harap2 dapat buah limau yg "tian tian" dari beliau..X lupa jugak pada KOK SOO YEE,saya harap taun baru kali nih memberi seribu makna pada kalian semua...enjoy tu enjoy la jugak yerk...ampau ngan limau jangan dilupakan...
Pada kawan2 lain yg bakal menyambut tahun baru cina xlama lagi,aku nk ucapkan HEPI NEW YEAR...
May god bless u olls...Raya cina taun depan aku wish lagi...enjoy.....

Sunday, January 23, 2011

PENDIDIKAN SEKS MESTI BERTERASKAN AGAMA

PENDIDIKAN adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian orang Islam. Keimanan tinggi terhasil daripada pendidikan bersepadu yang tidak dapat disanggah oleh sebarang anasir luaran.
Jika kita mengamati tempoh dilalui Rasulullah SAW semasa di Makkah, ia tertegak atas dua prinsip pendidikan yang mantap iaitu pendidikan akidah kepada keesaan Allah dan pendidikan ke arah pembersihan jiwa melalui nilai akhlak dan teladan yang tinggi.
Pengaruh akidah dalam pendidikan penting kerana apabila jiwa bersih itu mencapai puncak keimanan, ia akan menjadi kukuh bagai gunung-ganang yang tinggi seperti pendirian Rasulullah SAW sewaktu Baginda dikelilingi anasir jahat yang cuba memusnahkan agama Islam.
Pesanan tegas Rasulullah ini amat mendalam maknanya dan manifestasi kejituan akidah Baginda. Sabda Baginda yang maksudnya: “Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, supaya aku meninggalkan agama ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan atau aku binasa tanpanya.”
Pendidikan pada zaman Rasulullah adalah bersepadu, disulam antara perkara duniawi dengan ukhrawi. Ia tidak memisahkan keduanya demi mencapai akidah yang sejahtera. Inilah pendekatan Rasulullah dalam mendidik sahabat Baginda yang kemudiannya membentuk generasi berteraskan al-Quran.
Syor Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan seks di sekolah mendapat reaksi pelbagai, ada yang menyokong dan tidak kurang membantah.
Terbaru, Persatuan Ulama Malaysia meminta diadakan penerangan mengenai sukatan pelajaran pendidikan di sekolah. Hal demikian mungkin terhasil kerana kekurangan maklumat mengenai syor kerajaan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.
Apatah lagi jika modul pendidikan seks yang diambil itu berdasarkan pendidikan seks di Barat kerana seks di sana sudah menjadi norma masyarakat sedangkan di Malaysia gaya hidup ketimuran masih dipertahankan.
Pendidikan seks yang dicadangkan seharusnya memberi penekanan aspek keagamaan dan ketimuran. Mungkin alternatif lebih baik ialah mentransformasi pendidikan agama di sekolah kepada objektif mengukuhkan akidah pelajar dan pada masa sama menerap nilai murni dan sahsiah diri.
Dengan kemantapan akidah, sudah pasti apapun ujian yang hadir akan dapat ditangkis. Kalimah tauhid yang menjadi pemangkin kepada akhlak mulia mempunyai pengaruh besar kepada keperibadian seseorang.
Berbalik kepada pendidikan seks di sekolah, saya berpandangan penting elemen kerohanian berteraskan agama Islam diberikan penekanan sepenuhnya. Metodologi pendidikan Islam harus ditransformasi bagi memberi peluang guru agama mengajar pendidikan seks mengikut acuan yang disediakan oleh agama.
Mewujudkan sesuatu mata pelajaran baru yang asing daripada subjek lain akan hanya menambah beban kepada guru dan murid.
Manakala memasukkan beberapa tajuk dalam mata pelajaran sedia ada dan memisahkan daripada agama, memberi isyarat kepada pelajar Islam bahawa melakukan seks adalah norma masyarakat Islam dan melakukannya tanpa pernikahan diterima oleh masyarakat.
Islam sudah menggariskan seks dengan terperinci. Pada saat seseorang itu mencapai umur baligh dan ditaklifkan dengan dosa serta pahala sudah diajar cara penyucian diri, kebersihan fizikal dan rohani.
Selain itu, pelajar juga perlu diingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menggalas dosa dan pahala. Pertimbangan inilah yang perlu disemai kepada yang baru mencapai umur baligh dan menyediakan mereka ke alam kematangan.
Apabila pelajar ini matang, dengan berbekalkan akidah yang mantap, sudah pasti mereka tidak mudah terjebak ke lembah hina untuk melakukan seks di luar nikah ataupun lebih dahsyat lagi, terjerumus ke alam pelacuran.
Dalam apa juga keadaan, agama sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Memperkenalkan suatu perkara baru yang begitu asing daripada adat dan susun atur masyarakat perlu dikaji. Agama aspek penting yang membentuk jati diri orang Islam.
Sekian....

Friday, January 21, 2011

PERLIS vs KELANTAN

Assalamualaikum wbt...

Haritu (selasa 18/1/2011) sempat jugak la aku tinjau2 stadium utama kangar ngn member aku nih..
"E,jom p stadium...klate lawan perlis malam ni" kata dia...ahahaha..
aku pon dgn slamber tanpa tiada sedikitpon perasaan malu mengikot sajja pelawaan itu...
Alah,tiket 5 hingget je pon..Napelaaa semenjak dua menjak tiga menjak ni aku jadi malas nk menulis panjang2 ek??hurmm...xpelah, bak kata osmet aku ISMAIL MAKALALAG
"gambar lebih pandai bercerita".. So,korang tengok jelah yerk...xyah nk komplen2..ahaha...
















Sebenarnya byk lagi gambar2 yg sempat di snap..tapi aku malas nk letak byk2..cukup la 2...bebuih mulut nk tunggu dia punye loading time ngah upload 2..malas aku..ahaha...terima kasih pada potograper kita nih sebab rela turun bawah stadium smata2 nk ambik angle yg menarik...bagus2...ni lah baru potograper bercita2 tinggi..

Ok,dah....dalam pelawanan ni kelantan telah menundukkan perlis dengan jaringan 2 berbalas 0...
Good job lah!! aku suka...aku suka...ahaha..
Alang2 dah ade kat stadium 2 ape salahnye bergambar ngn pemain2 peberet kan...  








Sekian untuk kali nih....tenet dah mula stat ngok-ngek dah...xleh nk layan sgt tenet sini...dia laju ikot musim...
saya sudahi dengan wabillahitaufik-walhidayah-assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Thursday, January 20, 2011

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?

Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.


Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.
Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.
Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.
Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?
Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.
Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.
Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.
Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.
Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.
Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.
Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa.

sumber: i luv islam.com

Monday, January 17, 2011

Keranda Untuk Ayah

Assalamualaikum wbt..

Di suatu ceruk kampung, tinggal seorang tua bersama keluarga anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan ia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.
Itu dulu.

Kini ia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, ia tidak lagi bekerja. Ia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil...

**********************************

"Ayah! Amin nak main benda ni, ayah tarik Amin ye!" Laung Amin, sambil jari menunjuk upih kelapa di depannya.
"Boleh...kejap ya. Ayah nak tebas semak ini dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Amin ya," jawab si ayah, penuh kasih sayang.
"Alaa..Amin nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah!" pujuk Amin yang berusia 11 tahun sambil menhentak-hentak kakinya.
Si ayah faham benar dengan perangai anak lelakinya itu, "nanti muncung lah tu, sehari tak mahu makan nanti," bisik si ayah di dalam hati.
"Ok, ok. Amin duduk, ayah tarik."
"Yeay! Ayah tarik laju-laju tau," gembira benar bila hajatnya dituruti. "Laju lagi! Laju lagi! Ayah tarik Amin turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju nanti," arah Amin, sambil jarinya menunjuk ke hujunh hutan.
"Ya Allah!" Jerit si ayah, ia merasakan kakinya terpijak sesuatu. Duri, barangkali. Atau kaca.
"Alaa..kenapa ayah berhenti ni? Amin belum puas lagi. Tariklah lagi."
Tanpa menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah ini terus menarik upih kelapa yang dinaiki anaknya, sehingga Amin lapar dan mengajak pulang untuk makan.

**********************************

Sesekali Amin melirih kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, "tahu berehat saja si tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja," ngomel si anak. Geram benar ia melihat ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa, selain makan.
Suatu hari, kerana tidak tahan lagi dengan si ayah, yang dianggap menyusahkan keluarganya, kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Amin membuat satu kerana kayu untuk ayahnya.
"Ayah! Masuk dalam ni," tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.
Amin menarik keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuag cerun tinggi, fikirnya cerun itu sesuai untuk di membuang keranda berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi menyusahkan ia dan keluarganya.
Sampai di cerun, sebelum sempat Amin menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam keranda.
"Hidup lagi rupanya," bisiknya di dalam hati, dan membuka keranda. "Hah, ayah nak apa lagi?"
"Ayah tahu Amin nak buang ayah dari cerun ini. Amin nak buang ayah, Amin buang lah. Tapi Amin janganlah buang keranda cantik yang Amin buatkan ini. Mungkin anak Amin perlukan keranda ini nanti"

Notakaki: sumber dari i luv islam

-SALAM-

Friday, January 14, 2011

MEREKA DIPADANG BOLA - 2

Assalamualaikum wbt..

Bertemu lagi kita dalam ruangan yang melalaikan ini..ahahaha...gurau jer...
Petang tadi (14/1/2011) sekali lagi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak sebelas sebelah antara MEKANIKAL TEAM melawan MIKROELEKTRONIK TEAM dimana pasukan Mikro-e sekali lagi mengutip 3 mata penuh dengan kemenangan bergaya 5 berbalas 2 dalam perlawanan tadi...
Skema giler ayat..wakaka...letih dowh jadi penonton tadi dok besorak...riuh sekampong kot...Tahniah skali lagi aku ucapkan pada kesebelasan utama pemain2 tadi...korang memang cekang noooooo...hahaha...

Curik kat google pemain barcalona time muda2


Weh,aku dengar citer minggu depan team depa ni nk lawan SE TEAM plk (SISTEM ELEKTRIK)...xtau la betoi ke x.. tapi betol kot...huhu...kepada silent reader aku semenjak dari kecik sampai lah dah besar pon dia skg ni (RUHAZIZI ABD LATIF & MOHD FAHMI SABRI) anda berdua dijemput menjadi PoM2 Boy dihari pelawanan itu nanti...kehadiran anda dialu-alukan oleh NC Universiti Malaysia Perlis....semoga anda berdua tidak mengecewakan harapan NC kesayangan kami itu...hehehehe....
Ok dah....tunggu aku update lain...selamat berblogWalking dari suami,isteri dan anak-anak kucing...

-SALAM-

Thursday, January 13, 2011

KEKANDA DENGAN ADINDA

Assalamualaikum wbt...

Tadi after solat maghrib,aku ngn rumetku ismail makalalag telah mendengar sedikit kuliah maghrib...hehehe...
skali skala ape salahnye..lgpon dah lama xdengar kuliah maghrib nih...jahilnya aku...huhu...sejak dudok unimap ni time bulan puasa jer aku ke surau...aduyai...ape nk jadi la..2 sebab la asyik nk kene taboh jer dekat CIK aku nih...insya-allah akan diperbetolkan...




Dalam kuliah tadi aku nk kongsi ngn pembaca2 semua la sikit...tapi sikit jelah sbb aku malas nk tulis panjang2...penat der menulis nih..tambah2 ngah xde idea camnih...tajuk ceramahnye adalah seperti kat atas 2...dia cakap camnih...
"Diantara org yg ALLAH laknat ialah org yg takot pada isterinya...takot pada isteri bukannye bermaksud takot nk tegor atau melarang isteri daripada membuat jahat,.makananya kalau isteri buat jahat kita takot nk tegor..
isteri lawan mak bapak,kita xbrani nk cakap..isteri xnak balik kg jumpa mak bapak ( "Abg,sy xnak jumpa mak abg,tolong jgn balik skali2" ) sah2 kita xbrani nk balik...maka laki2 camni ditarik oleh ALLAH kedalam NERAKA.."
Nauzubillah kawan2....aku xnak bini aku kelak jadi cam citer kat atas 2..huhu...
Aku sesorang lelaki yg bertanggungjawab mungkin...ahahaha...xde masa nk pancing2...aku tau korang mesti pikiaq g2,..aku potong terus...lantak p la...kan..kan....
K dah...xde mende dah nk kongsi...nanti aku update lain....tatai....~!~

-SALAM-

Wednesday, January 12, 2011

AMALAN SOLEH SUMBER KEKUATAN PERIBADI

"Tiada kaitan ngan citer dibawah"

 Assalamualaikum wbt...

DUNIA tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Hanya peribadi salih boleh menghalang perbuatan maksiat kepada Allah seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.
Pembentukan dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki Allah dan disebut dalam al-Quran ialah sahsiah salih dari segi tutur kata dan perbuatan. Al-Quran menggariskan prinsip sama sejak mula diikuti oleh umat Islam.

Umat Islam perlu membina peribadi teguh dalam dunia tanpa sempadan ini. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepemimpinan. Ada bimbingan yang kita harapkan daripada orang yang arif dalam apa juga bidang.

Untuk membina personaliti Muslim dihormati ialah dengan akidah yang bersih. Muslim perlu mempunyai ikatan kuat dengan Allah supaya mereka percaya kepada qada dan qadar serta dunia selepas kiamat.
Muslim juga akan yakin dan cekal dengan ujian Allah jika mereka mempunyai akidah yang bersih serta bersedia menghadapi cabaran mendatang. Semua ini dapat dicapai melalui hubungan rapat dengan Allah melalui ibadat hakiki yang dilaksanakan.

Beza kehambaan kepada Pencipta bukan diukur dengan pakaian buruk dan jalan tunduk, tetapi keikhlasan beribadah serta tidak berbangga melakukan perbuatan baik atau mempunyai niat sebaliknya.
Peribadi salih termasuk juga kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah Allah dengan sempurna tanpa bergantung kepada pertolongan orang. Kesihatan yang baik, memungkinkan umat Islam memenuhi amanah dengan baik.

Peribadi Muslim juga perlu kepada cara berfikir yang intelek. Antara sifat Rasulullah ialah cerdas dan tangkas membuat keputusan disebabkan keintelektualan Baginda yang tinggi. Jika direnungkan, setiap apa akan dilakukan, diperkatakan atau diam sekalipun, ia bermula dengan berfikir. Sebab itu individu Muslim cemerlang ialah yang bijaksana dan bertimbang rasa.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”

Satu aspek lain tidak kurang pentingnya dalam membina peribadi seorang Islam ialah mesti berjuang memerangi hawa nafsu yang jahat. Sebagai manusia, kita mempunyai kecenderungan terjebak hasutan nafsu dan daya juang tinggi membolehkan kita melawan daripada melakukan maksiat.

Setiap Muslim juga perlu memastikan peribadi mereka terjaga dengan menepati masa dan tidak membazirkan masa. Allah banyak mengingatkan manusia supaya menjaga masa 24 jam yang diperuntukkan sehari semalam.
Muslim juga perlu berdisiplin dan profesional selain tekun, bijak berinteraksi, berintegriti dan amanah. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada bangsa lain kerana Islam adalah agama sempurna yang mendidik umatnya ke arah kebaikan.

Muslim harus mempunyai kuasa supaya peribadi mereka tidak terhalang oleh penafian atau doktrin kuasa lain yang membantutkan kegemilangan tamadun Islam dikecapi berabad lalu.

Akhirnya, setiap Muslim mesti memastikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Kebajikan, kebaikan dan amalan baik yang dilakukan perlulah saling dirasai oleh umat Islam lain khasnya atau seluruh manusia amnya.
Dunia ini akan gelap gelita jika tidak ada lagi umat Islam kerana umat Islam adalah bangsa yang terpilih dan sebab itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

" RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL"

-SALAM-

Monday, January 10, 2011

Hey Ho! Let's Go!

Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya bosan dah xtau nak wat...so,conteng2 kat blog ni lah..korang xpayah baca pon xpe sbb xde motif pon entry nih...aku saje2 nak ucapkan selamat petang kat korang..hehe...
sbenanya skg ni baru pukol 12.30PM...kot2 aku TERpost kol 5.00PM ker,mane tau..xkan nk tulis GoOd Afternoon plk kan...
Mesti ade yg mengeloh sbb entry camni pon nak tulis..kan..kan..kan...
Bia laaaaaa..Ni lah yg dinamakan xde keje cari keje ye kawan2..ahahahaha....

Moral of the story: Jangan sia-siakan internet yang ader...
selamat-selamat
 Tak lupe jugak aku nk ucapkan TQ byk2 kat korang sbb sudi menjadi follower aku..Jasamu dikenang..Xsangka plk dlm masa xsampai 2 bulan aku dalam dunia blog nih,dah lebih pada ape yg aku jangkakan...target aku 10 follower je stahun..kalau lebih sikit2 2 kira ok lah..kene buat kenduri nih..hahaha...
Hurm...Xpelah,sebagai tanda terima kasih aku pada korang,aku nk ajak korang makan nasi kat umah masing2 petang nih..makan la berape pinggan korang nak makan..ahahaha...weh,jgn pulak ader yg remove balik.. ko jgn bai...hukhuk..
Yg dah jadi follower aku 2,aku dah follow balik...korang xyah isau...U jump I jump...
Kot2 malam ni kpla x betoi lagi,aku wat entry wish selamat malam plk..hahaha...
k dah...aku xbosan dah... BERTUKAR!!!!!

**SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG MANUSIA**

-SALAM-

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!


PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. 

notakaki:sumber dari FB.

Sunday, January 9, 2011

"Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru"


Assalamualaikum wbt...

Tenet ngah laju cam arini xleh nk tengok g2 jerk...kene wat something nih...huhu....Semalam,skali lagi aku telah diTAG oleh NAZRUL dalam usaha murni Ahsfantasy24.com yang ingin menjejaki blogger baru..
khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Hah elok sangat la 2 sbb aku pon masih baru lagi dalam dunia blogger nih.. Orang cakap,budak hingusan..hoho...tapi xpe,aku terima...
Lagipon kita nih xleh nk malu dalam membuat sesuatu yg baik kan...huhu...


kata cik Ahsfantasi24.com camnih "Sebagai penutup 2010 ni, saya berhasrat nak himpunkan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang follower"...Bagus2...aku sokong 350%...hehe..
Nak join benda nih kene ikot syarat dia yerk....

Tengok2:
(ni aku copy n paste jer)


1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;

2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;

3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;

4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi;

5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;

6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.


 Meh aku nak tag 3 orang member yg seangkatan ngan aku tok join geng blogger baru nih...

Selamat berbelog lah kalian semua yerk...


-SALAM-
 

"Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway"

SALAM 2 ALL...

Harini tenet kat umah sangat2 lembab mengalahkan siput ngah bertapa ilmu itam...
So,tepaksalah buat muka tebal sikit pinjam lappy member semata2 nk ucapkan terima kasih pada CIK WARDAH ALISYA yang telah bersusah payah mengTAG aku kat dalam entry baru beliau  sebab abang Izamir Ridzwan ade buat amal jariah sikit dan katanya nk mengeratkan silaturrahim dikalangan blogger..hehe...(baca dalam satu nafas).. Sebenarnya ni adalah kalu ke-2 aku sertai segmen2 cam gini...
korang nk tau x nape aku tertarik ngn benda nih??bukan semata2 nk kejarkan pendrive 2,tapi mcm yg aku cakap kat atas 2,nk mengeratkan silaturrahim sesama blogger jer...kalau dapat pendrive 2 pon ALHAMDULILLAH lah...hehehehe...jgn marah yer abg IR.. 
Ok,ni aku nk explain sikit pasal syarat2 yg ditetapkan oleh abg IR kita nih...korang baca n faham ek...xsusah macam korang jawab jawab paper ADD MATH pon..jgn isau...

Syarat dia camnih:

1) Mesti jadi follower blog Izamir Ridzwan.. Wajib, tipu berdosa..

2) Buat entry bertajuk "Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway" dan linkkan ke entry ini..

3) Mesti letak poster kat bawah ni dalam entry dan sidebar (linkkan ke entry ni juga) korang.. 


4) Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan.. Kemudian, masuk blog rakan yang korang tagged tu, dan maklumkan di entry terbaru mereka yang mereka kena tagged dalam entry korang.. Jangan lupa kasi link sekali kat mereka.. Nanti susah pulak meraka nak cari kan..

5) Akhir sekali tinggalkan URL entry yang korang buat tu kat entri ini.. Itu jer..

Senang jer kan....jgn tunggu lame2 weh..nanti melepas..hehe...Hah lupe nk bgtau...mesti korang nk tau ape spesifikasi hadiah 2 kan...meh aku tolong cakap even korang open jer Link abg IR 2 korang leh tau..xpe,aku baik ati...baca ni:
  • Kingston Data Traveler 101 G2 ( IR akan gantikan dengan latest model, kalau keluar baru laa)
  • Berkapasiti 4GB setiap satu
  • 4 Pemenang.. Pemenang akan ditentukan melalui random.org... Ala-ala macam cabutan bertuah gitu..
Wow!! menarik2!!...ape tunggu lagi?hehe...
kat sini aku nk tag 4 orang kawan baik aku sebab syarat dia soh tag 4 orang jer...kalau nk ikotkan semua followers aku nk tag kat sini..cewwahhh...melampau la plk..haha...
Oklah,kawan2 aku yg bertuah adalah.....jeng3...
 Haaaa...arap2 kawan2 kita kat atas nih dapat luangkan sedikit masa buat entry ni ek...
susah2 i tag u ols tau..wakaka...jgn hampakan beta yerk...

 Selamat Berjaya..!!!

-SALAM-

Saturday, January 8, 2011

MEREKA DIPADANG BOLA

SALAM 2 ALL....

Kuat tol angin kat sini..sejok der...xpenah lagi aku tido pakai slimut kalau sblm2 nih kat sini,tp skg xleh wat dah g2...nanti beku..huhu..Oklah,semalam (7/01/2011) telah berlangsungnya satu perlawanan bolasepak persahabatan diantara team Mikro-e menentang team Pembuatan dimana kemenangan telah berpihak kepada team Mikro-e dengan jaringan kemenangan sebanyak 5 berbalas 0...tahniah buat para pemain...

gambar hiasan
Minggu depan kalau xde alangan pape,team Mikro-e nih akan menentang team Mekanikal plk....
papepon,kita tunggu jelah kemenangan berpihak kepada sape nanti..hoho...
hurm...aku dah nekad nih nak jadi pembaca berita sukan..arap2,interview ngn TV3 esok lepas la gamaknyer..
hahahaha....sampai disini saje karot-marot untuk harinih....(tapi yg bola 2 betol2 ek..bukan cobaan)..
Xleh tahan dah...lapaq nasik lemak...chaw luuu....

-SALAM-

Thursday, January 6, 2011

BUKAN NAK MENGGODA TAPI NAK BERNIAGA =)

SALAM 2 ALL...
Hah orang cakap,lepas suboh tidak digalakkan tidor...takot rezeki xmasuk...takot2 jugak nanti,mahal pulak rezeki korang...orang lain murah2 jer dapat rezeki..jadi kesimpulannye,jgn tido after suboh k...hehe...
So,pagi2 camnih aku ade benda nk share ngan korang...sbenanya aku ade la wat bisnes sikit2...
tolong kawan jerk...nk bukak bisnes sndiri xdak modal..fulus xdak..takat nk bli air tebu ngn pisang goreng 2 boleh la..Hurmmm..malas nk mengarut panjang2,letih aku nk tulis..meh aku straightforward la senang... 

Sebenarnya aku ader buat bisnes baju..baju ANAK NEGERI..xkirala korang dok negeri mane skali pon janji kat MALAYSIA ni,sumer ader design dia.. tapi lau korang xsuka design anak negeri 2,korang leh tengok design lain such as CAMPUS LIFE, BIG SIS, dan jugak STUDENT LIFE..siyes cantik2 design2 dia..kat bawah nanti korang leh view picture tok gamba2 baju 2 ek...bagi aku citer lu sampai habis...sabaq2...

Ni aku nk terangkan sikit kat korang pasal baju 2...
Material :100% Cotton
Available in Short & Long Sleeves [size : S, M, L, XL, XXL]
Baby-T available (for gurl cutting) [size: S, M, L]
Round-neck Tshirt
Only front design print for Baby-T
Rubber & Emboss Dye Prints
No wrist grips

Prices:
Short SLeeves : RM26
Long Sleeves : RM28
Baby-T : RM23
utk sabah srawak, kena tambah RM3 satu helai.

bagi yang jauh, aku boleh postkan utk korang..jangan terkejut sebab Postage adalah PERCUMA!!
jadi korang xyah isau pasal 2...
kat bawah ni plk details untuk saiz baju nye plk...

ni dia list untok saiz baju:

Normal T-shirt
Size                 S        M          L         XL       XXL
Length           26"     28"        30"       31"        32"
Width             17"     19"        21"       23"        25"


Baby-T
Size                S           M         L
Length          23"       23"       23"
Width            17"       18"       19" 


Anak Malaysia (BLACK) (kod 1)
Anak Kelate (BLACK) (kod 26)
Anak Selangor (BLACK) (kod 12)
Anak Pahang (BLACK) (kod 22)

Sorilah sbb gamba xcantik...aku scan jer..tapi kalau korang nk tengok details tentang baju and design yang korang bekenan,korang boleh klik kat SINI..2 link FACEBOOK aku..korang leh view gamba2 baju 2 kat dalam 2...mesti ada yang berkenan di hati kan.. so, PM my inbox now~ =)..
Mustahillah korang xder pesbuk kan..hehehe...dah blog leh wat xkan la pesbuk xleh nk wat...xnak add pon xpe janji tinggalkan mesej kalo2 korang bekenan kat inbox FB aku 2 yer...
Hah ni ade sikit lagi aku nk bgtau...lau korang rasa nk wat design sendiri pon boleh...contohnye macam baju kelab kereta ker,baju persatuan ker,baju pape jelah asalkan baju yg korang nk 2 xde dalam gamba2 KAT SINI ,pon aku leh wat..tapi mestilah dalam kuantiti yang byk..korang leh decide samada korang nk wat design sendiri or pihak aku yang tolong designkan tok korang...tapi harga sama jer..

Ni ader details harga design sendiri mengikut citarasa korang...
1 helai = RM85 
6-10 helai = RM30 sehelai 
21-30 helai = RM27 sehelai
maksudnya makin byk yang diorder,makin murah kos untuk sehelai yang korang akan dapat......=)

kalau berminat nak beli, duit boleh bank in ke acc nih..
ni details dia:
CIMB - 02110038208528
atas nama SYED MUHAMMAD NAZIR SYED KHOLED

lepas bank-in tu, korang kena bgtau details transaction kat aku ye.
inbox me: time, date dan amount yg korang bank in supaya senang aku nak buat tracking nanti. :)
design dia mmg cantik. rugi klau x dapatkan. hehe..


Anak Kedah?anak Kelantan?anak T'ganu?anak Perak?anak pahang?anak K.L?..anda bangga dengan negeri kelahiran anda..?? buktikan yang anda bangga dengan memakai baju yang tertulis nama negeri anda..

NOTA KAKI : PRE-ORDER..ORANG TEMPAH KITA BUAT..DALAM MASA 3 KE 4 MINGGU DAH BOLEH DIMILIKI.. 


TERIMA KASIH

-SALAM-

MENGAPA WANITA MENANGIS?

SALAM 2 ALL...
Dah brape ari x update..huhuhu...xde keje cari keje...hah,ni lah kejenye...
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.


1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.

2. Selalu berdoa kepada Allah.

3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)

4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Harap2 ape yg dibaca dapat menambahkan ilmu anda yer.
cukup lu untuk malam ni..

-SALAM-

Monday, January 3, 2011

"woot woot bloglist "



SALAM 2 ALL...

Hah pagi2 time tenet ngah laju camni baru best nk wat bercerita lam blog kan..huhuhu..
Di pagi yg mulia ini aku nk cuba segmen yang dibuat oleh woot woot ni...try tengok korang bekenan x..

Syarat2 dia nak xde la susah sgt...korang nk cuba pon boleh...mane lah tau kot2 dapat banglow ke sbijik... aku rasa lau korang folo dia pon dah dapat RM300... cepat folo!! (gurau je woot woot ek) hehehe... tapi lau korang folo blog 2 pastu korang tunggu nk dapat duit 2 memang sengallah der...sape nk bg..haha..
syarat dia camni jer.....
  1. follow woot woot
  2. Buat satu entry bertajuk "woot woot bloglist "
  3. dalam entry tu korang  letak syarat syarat yang gua tulis ni (copy paste je )
  4. then nyatakan blog korang tu kategori personal or informative  or campur campur..
  5. korang letak kat situ URL the best entry yang korang pernah tulis,yang ada dekat blog korang...korang punye entry yer,bukan gua punyer..maximum entry korang letak tu 3 yer..jangan lebih lebih..lebih gua reject..
  6. tag 3 orang kawan korang,make sure they know about it..
  7. tinggalkan URL entry korang tu kat komen box sini..thank you
Hah...senang je kan....alaaaaa suka2 jer...mane lah tau korang terpilih dia letak dalam senarai 
HOT PERSONAL BLOG ! kerr, A MUST VISIT BLOG ! kerr....korang jugak yang bahagia..hehe..
Prasan x syarat yg ke 4 tuuuu??? aku blur skg ni...blog aku ni kategori ape ek??
campur-campur kot...sbb aku sndiri pon tulis entry mengarut jer,..hehehe...
Ok lah..aku pon nk share jugak entry2 aku kat woot woot  nih...aku pilih 3...
haaaa...2 jelah yg termampu..hehe..Eh lupa nk bgtau,tarikh last submit benda ni adalah pada 11/1/2011..lebih kurang sminggu lagi la start from today..ape lagi?try lerrrrr.....
Ok lah...dalam contest ni aku nk tag 3 orang member aku sebab syarat dia pon nk 3 jerk...
hah 2 diaaaaaaaa...arap2 lengkap lah segala syarat2 untuk segmen ni...
Selamat mencuba kawan2 yer...
thats all....

-SALAM-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...